.... Ikrar PAS Selangor : Azmin Akan Hilang Jawatan MB Selepas PRU14 | AAKJ




Hubungan politik di antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi ‘keruh’ antara puncanya selepas episode ‘pak lebai’ yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tindakan Azmin ketika itu diibaratkan seperti ‘siram minyak ke dalam api’ ketika PAS kawasan-kawasan sedang bermesyuarat dan mahu ahli membincangkan, apakah wajar hubungan politik antara PKR dan PAS diputuskan.

Dek kerana tidak dapat memaafkan tindakan biadap Menteri Besar Selangor itu, PAS hari ini memberi amaran kepada Azmin bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan penggal terakhir beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Itu lah yang ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Syukri Omar yang mengatakan PAS kini sedia menggerakkan jentera Pemudanya bagi menghadapi seterusnya memenangi PRU14, termasuk di Selangor.

“Demikian juga kepada Datuk MB (Selangor) beliau boleh gelar kita sebagai lebai, ingat kalau tanpa jemaah ini yang membantu apa lagi membantu PH, kerusi MB akan menjadi kerus penggal terakhir buat MB Selangor,” Syukri.

Bukan hanya Azmin dibidas, malah PAS juga mencabar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli agar kekal bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menghadapi calon berwibawa daripada PAS.

Cabaran yang dikemukakan berikutan dakwaan Rafizi sebelum ini yang mendakwa bahawa terdapat pimpinan PAS yang menerima dana daripada syarikat pelaburan kontroversi negara, 1MDB.

“PKR pada asalnya berterangan serangan seperti aliran 1MDB kepada pihak PAS menamakan ustaz Nasharuddin Mat Isa yang tak ada kaitan dengan PAS, apatah lagi menerima duit dari UMNO.

“Dari kalangan pemimpin kita. Kita boleh lihat ada kereta yang button aircondnya tercabut, mana mungkin pimpinan kita nak terima duit dari UMNO.

“Kalau benar pimpinan kita terima duit dari UMNO. Perwakilan paling awal akan keluarkan mereka dari barisan pimpinan,” bidas Syukri.

-UtaraNews

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top