.... Hukuman Penjara: Admin Grup WhatsApp Mula Cuak | AAKJ



Keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara kepada admin (pentadbir) kumpulan Whatsapp sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara mendatangkan perasaan cuak dan cemas kepada pelayar media sosial.

Pemilik akaun Facebook, Rayqal Hakiki berkata, dia sebagai pentadbir kumpulan beberapa Whatsapp tidak mampu mengawal mesej yang dihantar oleh rakan-rakannya dalam kumpulan itu malah keadaan lebih dasyat apabila video-video lucah turut dikongsi bersama.

“Ingat boleh kawal apa yang mereka kongsi? Semakin dahsyat adalah, seram tengok.” katanya dalam catatan ruang komen Facebook.

Manakala pemilik akaun Facebook, Nik-Khairuddin TE Tu mempersoalkan kewajaran untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan Whatsapp sahaja memandangkan terdapat pelbagai media sosial lain yang turut dijadikan platform menyebarkan berita palsu.

“Kalau admin (pentadbir) Whatsapp perlu dipenjara, bagaimana pula admin Facebook, Wechat dan sebagainya,” soal beliau.

Sementara itu, pemilik akaun Mohd Fareez turut mencadangkan agar bukan sahaja penyebaran berita palsu ditangkap malah perkongsian video lucah turut dikenakan tindakan yang sama.

“Terdapat banyak kumpulan Whatsapp yang berunsur lucah. Justeru, kalau jadi group admin berkenaan boleh disabit dua kesalahan sekali rasanya.” katanya.

Bagi, pemilik akaun Airiz Sha II turut menyarankan agar semua ahli kumpulan Whatsapp dijadikan sebagai admin memandangkan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang mendatangkan kemudaratan kepada mereka kelak.

Katanya, semua ahli kumpulan berkenaan perlu bertanggungjawab ke atas setiap apa perkongsian yang dilakukan di dalam kumpulan berkenaan.

“Letak semua orang dalam kumpulan jadi admin habis cerita. Tanggungjawab sama-sama pegang.” ujarnya.

Hari ini admin-admin grup WhatsApp mula menhantar 'disclaimer' sebagai langkah 'keselamatan diri':

Notis Disclaimer :

Saya dan lain-lain admin group ini tidak membenarkan dan menyokong sebarang bentuk whatapps yang memaparkan informasi pornografi, tidak benar, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai selaras dan seperti yang ditetapkan dengan/oleh Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.

Segala whatapps dipaparkan oleh individu di dalam group ini adalah tanggungjawab setiap individu dalam group ini.

Admin... 😇

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top