.... Hitler Juga Adalah Patriot – Dr Salleh Said Keruak | AAKJ





Sesetengah orang mendakwa mereka mengkritik Perdana Menteri dan menjatuhkan negara ini kerana patriotisme. Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Adolf Hitler juga adalah patriot dan Nazisme merupakan produk patriotisme ini. Dan 100 juta orang meninggal dunia kerana ini.

Jika ada yang ingin mengagumkan kita dengan semangat patriotiknya maka ia perlu bermula dengan semangat ‘Negaraku’ dan Rukun Negara. Anda tidak boleh menentang semua ini dan mempunyai versi dan tafsiran patriotisme anda sendiri.

Perang di Serbia dan Bosnia yang telah meragut banyak nyawa adalah satu tindakan patriotisme. Begitu juga dengan Perang Vietnam dan ‘kawasan pembunuhan’ Kemboja. Tetapi saya pasti berjuta-juta yang telah mati tidak berpendapat sedemikian.

Patriotisme bukan dengan mengatakannya tetapi dengan apa yang anda lakukan. Dan mensabotaj ekonomi Malaysia dengan menakutkan pelabur asing bukanlah satu tindakan patriotisme tetapi satu tindakan pengkhianatan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top