.... Hina Perdana Menteri: ASTRO Akan Kekalkan Najip Ali Nyah? | AAKJ



KUALA LUMPUR – Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) menyarankan pelakon dan pelawak Singapura, Najip Ali yang berperwatakan pondan dan kurang lucu supaya gantung dirinya sendiri.

Timbalan presidennya, Helme Hanafi berkata, Najip wajar menggantung dirinya sebagai tanda penyesalan kerana mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara apabila hina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya mengikuti dengan dekat kemarahan rakyat Malaysia terutamanya penyokong kerajaan terhadap warga Singapura bernama Najip Ali.

“Menonton kembali program yang menjadi punya kemarahan tersebut, jelas wujud kesengajaan untuk menghina Perdana Menteri Malaysia.

“Kami mendesak Najip Ali menggantung diri sebagai tanda penyesalan yang teramat kerana perbuatannya mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Satu rancangan komedi Singapura, OK Chope yang disiarkan stesen republik itu dan disertai Najip memaparkan dia bertindak biadap menjadikan Perdana Menteri Malaysia sebagai bahan jenaka rancangan itu.

Rancangan itu meminta pesertanya melengkapkan ayat Najib yang dikurangkan satu perkataan ‘Najib slams …. for threatening Malaysia progress’ dan perkataan yang tertinggal itu adalah `fake news’.

Bagaimanapun Najip dan beberapa selebriti Singapura meneka pelbagai perkataan bodoh yang seolah-olah menghina Perdana Menteri Malaysia.

Helme berkata, rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan seperti itu terhadap Perdana Menteri terutama sekali oleh warga asing yang ‘cari makan’ dalam negara ini.

“Saya cadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalang Najip Ali dan kawan-kawannya masuk ke Malaysia selamanya.

“Kedua panggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura dan mendesak republik tersebut mendakwa Najip dan rakan-rakannyanya kerana menghina pemimpin negara jiran dalam siaran TV negara itu,” katanya. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Itu cuma lawak. Bodoh lah kamu. Yg comment pun 5 org. Tapi najib saorg yg kena. 2 Kali bodoh

      ReplyDelete

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top