.... Hina Islam Semakin Menjadi Jadi, Sampai Bila Mampu Kita Bertahan? | AAKJ







Episod Nanyang Siang Pau menghina umat Islam dan Undang-undang Islam dengan karikatur monyet bukanlah perkara baru di Malaysia. Sebelum ini, pada bulan Ramadan kita pernah digesa pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee untuk berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.

Semua maklum bahawa Bak Kut Teh itu merupakan hidangan sup tulang babi yang digemari masyarat Cina di Malaysia.

Namewee juga semasa masih melanjutkan pelajaran di Taiwan pernah menjadi terkenal dengan video klip ‘Negaraku’ apabila dikatakan menghina laungan azan dengan kata-kata seperti “Ada juga suara yang macam kokokan ayam”.

Terbaru, beliau dituduh menghina kesucian masjid dengan terkinja-kinja menari dalam sebuah rakaman video muzik bersama sebuah kumpulan pemuzik asing.

Begitu juga dengan kisah seorang seniman bukan Islam yang melabel Muslim sebagai “Quran-thumping mother f**kers!!!” Atau seorang guru wanita yang baru memeluk Islam yang dipaksa si kafir untuk membuka tudung yang dipakai beliau kalau mahu terus mengajar.

Dan tentunya masih segar di ingatan kita kata-kata nista yang dilemparkan oleh sekumpulan kafir, termasuk Patricia Anne Martinez yang menghina Mufti Perak dengan panggilan ‘keldai’ hanya kerana teguran Mufti tersebut terhadap seorang warga Muslim yang lain.

Apa hak mereka sebenarnya? Dan bagaimana pula dengan hak kita? Sememangnya isu ini bukanlah isu perkauman. Isu ini adalah isu penghinaan kepada Islam dan gaya hidup umat Islam oleh kumpulan-kumpulan kafir.

Dan setiap kali kita dihina sedemikian teruk, setiap kali itu juga akan munculnya kata-kata teguran bahawa ‘Islam itu Rahmah’. Oleh itu, kemarahan kita terhadap perbuatan biadab dan menghina Islam oleh sekumpulan kafir patut dihentikan serta-merta.

Setiap kali itu juga kita diingatkan untuk meneruskan usaha dakwah dan harus memekakkan telinga dan bersabar dengan membuta-tuli ekstrim memaafkan kumpulan kafir ekstremis tersebut.

Kumpulan yang senantiasa ada sahaja cara terancang untuk memprovokasi gaya hidup sederhana kita. Namun, bukankah golongan yang perlu ditegur tersebut adalah mereka yang melakukan provokasi, lepas satu, satu penghinaan dan persendaan dilemparkan ke muka kita.

Dan tentunya majoriti terus bersabar. Cuma mungkin sesetengah orang memilih menyampaikan rasa tidak puas hati mereka dengan cara lain. Ada yang melakukan demo aman sambil menghantar memo bantahan. Ada yang memilih untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak berwajib.

Ada pula memilih untuk meluahkan perasaan mereka di media-media sosial. Terdapat di kalangan segelintir mualaf Muslim dari bangsa tertentu, mengambil sikap tidak apa dan menuntut umat Islam lainnya bersabar seperti tokong batu keras dengan kesabaran kerana bangsanya yang masih kafir yang berterusan menghina Islam dengan sewenang-wenangnya.

Bagi mereka, tidak apa Islam terus dihina, dipijak-pijak, diludah-ludah asalkan umat Islam tidak membuat kecaman kepada perlakuan sebahagian dari bangsa mereka yang masig kafir. Sifat perkauman mereka tidak terkikis selepas memeluk Islam.

Ketika mana semua umat Islam membantah dan bersatu di atas solidariti Islam pada saat Islam dihina, mereka memilih untuk bersama saudara sebangsa mereka yang masih kafir.

Jelas sifat rasisme sebahagian mualaf dari kumpulan ini, tidak terkikis dengan sepenuhnya. Jika perbuatan membantah penghinaan itu juga masih salah, tentunya orang yang cuba memberi nasihat yang sebenarnya mempunyai jiwa perkauman yang tinggi.

Kompas nilai mereka harus ditukar kerana hanya mampu melihat sesuatu isu itu dalam kerangka perkauman. Betul, Allah SWT tidak melihat kepada keturunan tetapi takwa. Namun hakikatnya keturunan kita sejak sekian lama, adalah keturunan bertakwa.

Kerana ketakwaan itulah jugalah setelah puluhan, kalau pun tidak ratusan, herdikan, cemuhan dan penghinaan, sejak sekian lama, daripada kumpulan kafir, kita semua masih boleh bersabar tanpa mencetuskan sebarang insiden yang tidak diingini. Semoga Allah SWT terus meniupkan kesabaran ke jiwa-jiwa kita semua.

-tv14.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top