.... Harga Runcit Mingguan RON 95, Diesel Naik 8 Sen | AAKJ




Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara tempoh mingguan bermula 30 Mac lalu, kali ini menyaksikan peningkatan sedikit mulai tengah malam ini.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan stesen TV1 RTM jam 5 petang Rabu, harga siling produk RON 95 naik lapan sen menjadi RM2.24 seliter berbanding sebelumnya iaitu RM2.16 seliter antara 6 April hingga 12 April lalu.

Manakala siling harga untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.52 seliter iaitu naik sebanyak sembilan sen berbanding sebelumnya hanya RM2.43 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama diumumkan menjadi RM2.16 seliter iaitu naik sedikit sebanyak lapan sen berbanding RM2.08 seliter ketika sebelumnya.

Stesen penyiaran awam tersebut turut melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 13 April sehingga 11. 59 malam 19 April depan.

Mulai bulan lepas, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan amalan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik yang telah ditetapkan sejak 1983.

Penetapan kadar harga runcit minyak secara bulanan itu sudah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana julat perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang pendek.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top