.... Hadi Maafkan Nanyang Siang Pau | AAKJ






Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam memaafkan akhbar Nanyang Siang Pau berikutan penyiaran karikatur yang menghina beliau dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru ini.

Menurut Abdul Hadi, beliau menerima surat permohonan maaf bertarikh 12 April lalu daripada Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau dan permohonan maaf secara terbuka yang dicetak di akhbar berkenaan.

“Sehubungan itu, saya me­ngajak umat Islam yang tergores hati dengan penerbitan karikatur berkenaan dapat bersama saya untuk memaafkan akhbar ber­kenaan dengan harapan ia tidak berulang lagi pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau turut menyifatkan kesilapan itu berlaku akibat keterlanjuran dan kejahilan akhbar tersebut memahami batasan sensitiviti agama yang sangat halus garisannya.

“Semoga dengan tindakan memaafkan ini kita sama-sama dapat terus komited mengekalkan keharmonian dan sifat saling memahami dalam kalangan masyarakat di Malaysia,” katanya.

-UM 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top