.... Hadi Awang Monyet - Nanyang Siang Pau | AAKJ



PAS ternyata berang dengan siaran karikatur sebuah akhbar Cina yang memaparkan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".



"Hadi Awang" dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah "keledek panas", manakala "speaker" melompat dari pokok itu, sambil berkata: "Simpan untuk hari kemudian."

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Semakan media pada sekitar jam 6 petang semalam mendapati bahawa versi internet akbar itu telah menurunkan kartun berkenaan.

Akhbar itu juga membuat permohonan maaf terbuka petang ini.

"Akhbar kami bertarikh 8 April pada (bahagian) B2 menyiarkan satu komik mengenai Akta 355 dan tidak menghormati Pandikar and Hadi Awang. (Oleh itu) Nanyang dengan sepenuh hati memohon maaf kepada kedua-dua," kata kenyataan dikeluarkan itu.

Kartun berkenaan juga dipadamkan daripada siaran.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355 pada Khamis lalu.

Selepas pembentangan Abdul Hadi dan ucapan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pandikar memutuskan bahawa perbahasan usul itu ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat yang akan datang pada bulan Julai nanti.

Berang dengan apa yang dianggap sebagai penghinaan, Pemuda PAS Selangor menyeru umat Islam supaya bangkit dan mengadakan bantahan di luar pejabat akhbar itu di Petaling Jaya pagi esok.


“Dewan Pemuda PAS Selangor mengerahkan seluruh Pemuda dan menyeru umat Islam bangkit dan mara mempertahankan maruah umat Islam.

“Kebiadapan dan penghinaan yang di buat melalui karikatur kepada presiden PAS dan perjuangan martabatkan mahkamah syariah dalam RUU 355 oleh akhbar Nanyang Siang Pau,” katanya sambil menambah bahawa mereka menyerahkan memorandum menuntut permohonan maaf.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyifatkan karikatur itu sebagai tindakan yang "kurang ajar dan melampau".

"Nanyang Siang Pau mesti menarik balik kartun itu dan memohon maaf kepada umat Islam, terutamanya PAS," katanya.

Beliau juga berkata parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina, yang dimiliki oleh jutawan balak Sarawak Tan Sri Tiong Hew King.

Media telah menghubungi Nanyang Siang Pau untuk mendapatkan ulasan mereka.


Malah isu ini turut mendapat perhatian yang serius dari NGO MCCF:



Kenyataan Media.

Kuala Lumpur 11/4/2017

Pemimpin politik perlu bijak dan matang.

Antara faktor kemakmuran dan keamanan sesebuah negara adalah bersandarkan kepada kebijaksanaan serta kematangan berfikir dan bertindak di kalangan ahli politik samada dari parti pemerintah atau pembangkang.

Kami, MCCF melahirkan rasa kecewa yang tidak terhingga dengan kenyataan YB Datuk Ngeh Koo Ham yang menyentuh sensitiviti majoriti orang Islam di negara ini. Begitu juga dengan lakaran kartun berhubung isu RUU355 yang didapati dengan sengaja diterbitkan oleh sebuah akhbar Cina telah tular di media sosial.

Sebagai salah seorang bekas Veteran 69 Komando , Polis Di Raja Malaysia, saya menyeru agar pucuk pimpinan PDRM untuk mengambil tindakan tegas dan segera kepada mana-mana pemimpin parti politik yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan kebencian ini.

Ini kerana dikhuatiri ianya akan mengakibatkan tindak balas luar jangka dari pihak yang terkesan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham berhubung isu murtad dan akhbar Cina yang mengeluarkan lakaran kartun berbentuk penghinaan kepada RUU355 yang sedang di bahaskan di Parlimen baru-baru ini.

MCCF yang merupakan sebuah badan NGO yang memperjuangkan Perpaduan dan Keamanan berharap semua komuniti masyarakat agar bertenang dan terapkan perpaduan serta serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dari sudut undang-undang berkenaan isu-isu yang melibatkan perpecahan kaum dan penganut pelbagai kepercayaan agama.

Halim Ishak
Chairman
Board of Trustees
Malaysian Community Care Foundation (MCCF)

sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top