.... Hadi Awang Bentang RUU 355 Di Sidang Dewan Rakyat | AAKJ




Pada hari ini, usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan dibentangkan, selepas dinaikkan daripada kedudukan ke-13 kepada pertama dalam aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat.

Tangkap layar aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat versi dalam talian yang menunjukkan usul Hadi itu berada di kedudukan pertama, tersebar di media sosial.

Hari ini juga adalah hari terakhir mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi penggal ke-5 Parlimen ke-13 dan usul Hadi itu dijangka dibentangkan tengah hari ini.

Usul itu kekal sebagai usul peribadi ahli Parlimen Marang itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan ia sebagai rang undang-undang (RUU) kerajaan atas dasar konsensus dalam Barisan Nasional.

Pada 30 Mac lalu, RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Hadi diubah daripada kedudukan ke-7 kepada kedudukan ke-12 dalam aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat.

Usul yang lebih dikenali sebagai RUU 355 itu bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Hadi pertama kali membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016, selepas kerajaan membenarkan ia mendahului RUU kerajaan.

Bagaimanapun, Hadi menangguhkan perbahasan RUU 355 dan membentangkan versi disemak semula pada November 2016 selepas ia sekali lagi dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top