.... GKCM Tidak Menyokong Kepimpinan Tertinggi PPBM | AAKJ







Semalam, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang telah memulakan perubahan dalam pemikiran politik di Malaysia dan tunjang kepada tempat berpaut para pemimpin politik yang telah rebah ekoran permainan dan percaturan politik kawan dan lawan sehingga tertubuhnya PPBM, hari ini mengambil keputusan untuk terus bersuara atas slogan keramat 'Berani Kerana Benar'.

2. GKCM memandang serius tentang perkembangan politik yang sedang berlaku di dalam PPBM pada hari ini dan berasa bahawa terdapat banyak kepincangan dalam parti yang baru sahaja ditubuhkan itu dan ternampak bibit bibit perpecahan yang ketara.

3. Sehubungan dengan itu, GKCM yang telah bermesyuarat pada hari ini telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan PPBM pusat.

4. GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang merupakan punca permasalahan dalam PPBM. Antaranya :

i)Beberapa pemimpin tertinggi parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan Bahagian-Bahagian. Sifat inilah yang merupakan punca kerosakan bangsa Melayu sejak zaman berzaman.

ii) PPBM tidak berjaya menepati citarasa politik generasi masa kini dalam penjenamaan politik baru yang ditagihkan oleh rakyat yang dahagakan perubahan.

iii) GKCM melihat bahawa  perjuangan PPBM lebih kepada matlamat peribadi para pemimpin yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka daripada perjuangan untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

iv) Berbanding dengan UMNO yang memulakan langkah dengan ikhlas dan terpuji ketika di awal penubuhannya, PPBM memulakan langkah yang sumbang dan penuh dengan sifat  dan amalan lama yang buruk dan mengjengkelkan dalam amalan pilih kasih dan sifat kronisme yang memualkan. Ini tidak selari dengan apa yang telah diwar warkan ketika PPBM hendak ditubuhkan.

v) Pemilihan Ketua-ketua Bahagian dari kalangan mereka yang tidak berwibawa dengan mengetepikan mereka yang telah bersusah payah sehingga PPBM diterima ramai dilihat sebagai amalan kuno yang akan memulakan keretakan besar dalam parti dan tidak boleh diterima sama sekali.

5. GKCM tidak akan sama sekali membenarkan amalan amalan buruk dalam berpolitik merosakkan bangsa Melayu dan akan terus bersuara demi masa depan bangsa yang lebih gemilang.

Sekian. Terima kasih.

MOHD ZIN MUSTAPA
TIMBALAN PRESIDEN GKCM.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top