.... Foto Wartawan Ditembak Mati | AAKJ



Seorang wartawan ditembak mati di La Paz, Baja California semalam, iaitu serangan keenam dalam tempoh sebulan setengah ke atas wartawan di Mexico dan keempat menyebabkan kematian.

Pegawai di negeri Baja California Sur yang enggan dinamakan, mengesahkan kematian Maximino Rodriguez.

Rodriguez dikatakan berkerja dengan sebuah syarikat akhbar internet tempatan, Colectivo Pericu.

Menurut akhbar tempatan, wartawan itu ditembak ketika berada dalam kenderaannya tengah hari semalam di tempat letak kenderaan di sebuah kedai yang dikunjungi bersama dan isterinya.

Isterinya tidak cedera. Pada 28 Mac lalu, seorang wartawan dibunuh di Los Cabos berhampiran Paz.

sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top