.... Empat Remaja Baling Batu Di Lebuh Raya Akhirnya Dicekup | AAKJ




SUNGAI PETANI – Tindakan empat remaja lelaki dipercayai terlibat dalam perbuatan baling batu ke arah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), akhirnya membawa padah apabila dtahan oleh Pasukan PLUSRonda, semalam.

Kejadian berlaku pada 4.05 petang di Kilometer 96.2 berhampiran Sungai Lalang di sini, apabila anggota yang sedang melakukan rondaan ternampak empat remaja di bawah jejambat dan seorang daripadanya membaling batu ke arah lebuh raya.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md Isa berkata, sebaik melihat kehadiran anggota peronda, empat remaja berusia 14 tahun itu cuba melarikan diri namun ditahan.

Katanya, keempat-empat remaja terbabit kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Sebelum itu pihak PLUS Malaysia Berhad ada menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 96.2 arah selatan.

“Anggota PLUSRonda yang melalukan rondaan bertembung dengan empat remaja itu dan dapat menahan mereka. Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mangsa yang terkena balingan batu,” katanya dipetik Harian Metro.

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa yang terkena balingan batu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top