.... Elak Dituduh Anti-Melayu, Kit Siang Jaga Kepentingan Melayu | AAKJ





Lim Kit Siang tidak perlu berselindung di sebalik sentimen politik yang kononnya menghormati Melayu lebih daripada UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, ini kerana Penasihat DAP itu hanya tahu ‘menyalak’ tentang perkara itu, sedangkan pemimpin paling lama berkuasa itu sendiri tidak pernah menjaga, apatah lagi melindungi kepenti­ngan orang Melayu.

Menurut Abdul Latiff, Kit Siang hanya membuat kenyataan tersebut bagi mengelak dirinya dilabelkan sebagai anti-Melayu.

“Mana boleh pisah UMNO de­ngan Melayu, ibarat macam mana nak pisah gula dengan manis. Dia buat kenyataan itu semata-mata hendak elakkan daripada dituduh anti-Melayu, anti-Melayu itu adalah anti-Islam.

“Jika dia jaga orang Melayu, orang Melayu di Gelang Patah tidak akan bising,” katanya se­perti dipetik menerusi portal beri­ta BNBBC.my, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa dirinya lebih menghormati kaum Melayu berbanding pemimpin UMNO sebagai membidas tuduhan terhadap partinya yang memperlekeh dan memperdaya minda orang Me­layu selain mempergunakan pe­mimpin-pemimpin daripada kaum itu demi kepentingan politiknya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahdan berkata, Kit Siang perlu bertanya kepada sekutunya, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sama ada beliau benar-benar rasis ataupun tidak.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top