.... Duta TN50: Khairy Jamaluddin Ditipu Penasihatnya? | AAKJ






Benarkah Duta TN50 Ini Penyokong Dasar Kerajaan?

Pada 14 April lepas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan 13 tokoh belia dari pelbagai latar belakang sebagai Duta Belia untuk program wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Daripada semua nama itu, seorang duta ialah individu yang mengalami kecacata tiada tangan dan menjadi idola dalam kalangan belia iaitu Zhariff Afandi.

Bagaimanapun, hasil tinjauan ke media sosial Facebooknya miliknya, mampukah Zhariff membawa amanah selaku duta kepada program besar kerajaan ini kerana beliau nampaknya lebih lantang menentang daripada menyokong apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Perlu diingatkan, beliau ialah seorang daripada peserta yang hadir pada perhimpunan haram Bersih 5 yang diadakan di Menara Berkembar KLCC pada 19 November tahun lepas.



Apakah relevannya seorang yang hampir di setiap status di media sosialnya mengkritik dan mempersendakan kerajaan serta terlibat dalam acara menentang kerajaan dipilih sebagai duta yang akan mempromosikan TN50.

Dalam laporan Sinar Harian, Khairy dipetik sebagai berkata, tokoh berkenaan akan membawa tanggungjawab untuk sama-sama mendampingi generasi muda melalui pelbagai cara atas kapasiti masing-masing sebagai mewakili kerajaan mendengar suara atau aspirasi golongan itu.

“Mereka akan menggalas amanah dan tanggungjawab untuk sama-sama mendampingi generasi muda melalui pelbagai cara atas kapasiti masing-masing sebagai mewakili kerajaan mendengar suara atau aspirasi golongan itu,” katanya dalam sidang media memperkenalkan duta berkenaan di pejabat Kementerian Belia da Sukan di Putrajaya.

Di dalam program bertemu dengan generasi muda nanti, adakah mereka akan benar-benar mewakili kerajaan atau mereka akan mengambil kesempatan menggunakan platform berkeaan untuk menghentam kerajaan.

Kerajaan perlu menghindari daripada melahirkan lebih ramai generasi muda yang menentang kerajaan menjelang TN50 jika ada seseorang seperti Zhariff.

Memang Zhariff menjadi idola kerana kesungguhan dirinya menjalani kehidupan dan berjaya biarpun tidak memiliki kedua-dua belah tangan.



Banyak kejayaan sudah dicipta olehnya khususnya dalam program yang banyak melibatkan generasi muda bagaimanapun kesannya pada masa akan datang menjelang saat TN50 itu perlu diambil kira.

Kita jangan terlepas pandang kerana masih ramai lagi golongan muda yang tidak bernasib baik dan memiliki kekurangan tapi setia menyokong dasar kerajaan dan jelas apa yang kerajaan lakukan untuk disampaikan pada generasi muda supaya lebih ramai menyokong kerajaan.

sumber – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top