.... Dewan Ulama PAS Lulus Usul Putus Hubungan Dengan PKR | AAKJ




ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS hari ini, meluluskan usul untuk memutuskan 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata usul itu diterima tanpa bahas dan akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU).

"Kita bersetuju untuk mengusulkan tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan... tiada lagi nak kaji-kaji, namun ia tertakluk kepada keputusan MSU mengikut peruntukan perlembagaan PAS," katanya pada sesi pembentangan usul sempena Muktamar Dewan Ulama PAS Ke-56 di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, perwakilan Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Husin, ketika membentangkan usul berkenaan berkata tiada istilah 'mengkaji', sebaliknya pucuk pimpinan parti perlu terus memutuskan hubungan dengan PKR.

Katanya, PAS sudah bersabar lebih dua tahun dengan 'menadah muka' menerima pelbagai cercaan, kritikan terbuka dan tikaman rakan tahaluf siyasi.

"Saya nak jelaskan bahawa apa yang diminta kali ini bukan lagi mengkaji, tetapi untuk memutuskan terus hubungan PAS-PKR. "Memang perceraian itu dibenci di sisi agama, tetapi kita nak buat macam mana lagi kalau setiap hari PAS diperlakukan seperti bukan rakan tahaluf siyasi... oleh itu jangan tunggu-tunggu lagi, sebaliknya jatuhkan talak terus," katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top