.... Debat Dengan Mukhriz, Haris Mohon Permit Polis | AAKJ






Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Haris Che Mat hari ini menyerahkan borang permohonan rasmi kepada pihak polis bagi mendapatkan permit membolehkan debat dengan bekas bosnya itu, Sabtu ini.

Haris menyerahkan borang permohonan penganjuran ‘Dialog Haris – Mukhriz: Kekayaan Anak-anak Mahathir’ di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pukul 2.30 petang.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena itu, dia menghantar borang pemberitahuan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada pukul 3 petang, 8 April ini di Sera Sentosa Inn, Padang Sera di sini.

"Sebelum ini, saya mempunyai masalah sakit batu karang dan setelah berasa lebih selesa hari ini, saya datang ke sini untuk menyerahkan borang pemberitahuan untuk mendapatkan permit polis untuk adakan program debat dengan Mukhriz pada pukul 3 petang, 8 April ini.

"Saya berharap mendapat kerjasama baik daripada pihak polis bagi membolehkan program debat ini berlangsung. Bagaimanapun, tadi saya dimaklumkan bahawa proses mendapatkan permit mengambil masa lebih 10 hari.

"Saya berharap program ini dapat diadakan pada Sabtu ini atau 15 April nanti,” katanya yang mengemukakan cabaran debat tersebut atas kapasiti peribadi tanpa melibatkan UMNO," kata Haris yang ditemui sejurus beliau menyerahkan borang permohonan itu, di sini hari ini. UM
 
- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top