.... Datuk 'Qu Puteh' Sudah Bercerai? | AAKJ




BETULKAH terdapat desas-desus mendakwa perkahwinan usahawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dengan suami ketiganya, Fairuz Ahmad Zainuddin sudah pun runtuh baru-baru ini?

Memetik laporan BH Online, Vida mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai kisah terbaharu yang mengaitkan dirinya itu.

Difahamkan Vida mengambil langkah sedemikian disebabkan atas beberapa alasan peribadi.

“Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.

“Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi,” katanya.

Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengasas produk Qu Puteh itu mula bertiup kencang sejak dua minggu lalu.

Menurut usahawan berusia 46 tahun itu, beliau enggan terlalu memikirkan tentang perkara itu (perpisahan) sebaliknya mahu terus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan, termasuk perancangannya untuk memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, Vida turut meluahkan hasratnya untuk menghasilkan sebuah lagu nyanyiannya sendiri khas untuk peminat yang sentiasa menyokongnya.

Untuk rekod, Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top