.... DAP Enggan Ketuai Pakatan Harapan Bagi Meraih Undi Melayu | AAKJ





Tindakan Lim Kit Siang yang dilihat seperti enggan meletakkan dirinya sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan meskipun blok politik itu diketuai DAP, adalah bertujuan menarik hati Melayu agar mengundi pembangkang pada pilihanraya umum akan datang.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tidak ada sebab mengapa Kit Siang menolak untuk mengetuai Pakatan Harapan berdasarkan pengalaman politiknya selama ini.

“Kit Siang kini sibuk menyusun langkah-langkah terakhirnya untuk menggunakan Melayu bagi menjahanamkan Melayu yang lain.

“Realitinya jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, Kit Siang sedia mengambil ‘hadiah utama politik’ iaitu jawatan utama di pejabat Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz pada masa sama berkata, beliau sedia berdebat dengan Kit Siang dalam isu DAP dipimpin secara diktator.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top