.... DAP Dicabar Biar Pas, UMNO Sahaja Bertanding PRU14 | AAKJ





Parti pembangkang pimpinan DAP dicabar membiarkan hanya Pas bertanding menentang UMNO di 80 kawasan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, parti-parti pembangkang lain termasuk DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak perlu bertanding di kawasan terbabit.

“PKR akan bertanding di kawasan seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-13, DAP pun mengambil tindakan sama. PAN dan PBBM jangan masuk (bertanding dalam pilihan raya kali ini).

“Justeru, pertandingan dua penjuru akan berlaku di setiap kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan kesediaan parti-parti pembangkang tersebut memberikan laluan kepada Pas untuk berbuat demikian.

“Tapi bersediakah PAN tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang? Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada PAN di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi Pas pada PRU ke-13?” soalnya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top