.... DAP Cabar Ku Nan Semak Senarai Pengusaha Restoran | AAKJ





Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dicabar membandingkan senarai pengusaha restoran di negara ini dengan keanggotaan parti politik mereka.

Setiausaha Organisasi Dap Selangor Ng Tien Chee membuat gesaan itu setelah Tengku Adnan mendakwa terdapat anggota pembangkang mendalangi kenaikan harga makanan, melalui penyertaan dalam pertubuhan restoran.

“Saya yakin majoriti daripada mereka adalah ahli komponen BN jika mereka terlibat di dalam politik,” katanya yang juga anggota Dewan Negeri Kawasan Balakong.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata beliau telah mengenalpasti pertubuhan restoran yang dianggotai pembangkang yang “menidakkan apa yang kerajaan cuba bantu rakyat”.

Beliau berkata dapat menunjukkan bukti bil tidak masuk akal yang dikenakan melalui “WhatsApp rakyat” kepadanya.

Dalam kenyataan hari ini, Ng menolak dakwaan Tengku Adnan dan berkata kenaikan harga makanan benarnya disebabkan dasar-dasar kerajaan pusat yang membebani rakyat.

“Ini merupakan satu logik yang mudah tetapi saya berasa hairan mengapa menteri tidak faham,” katanya.

Ng berkata harga barang akan turun dan ekonomi negara akan pulih jika kerajaan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memulihkan keyakinan pelabur dengan menyelesaikan isu 1MDB dan membanteras rasuah.

Beliau juga menegaskan tindakan kerajaan untuk memulihkan nilai ringgit dan menurunkan harga minyak petrol.
 
-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top