.... Dakwaan Itu Hanya Mainan Politik Rafizi | AAKJ





Dakwaan terbaharu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya mempunyai bukti penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada seorang tokoh rapat dengan pemim­pin Pas ha­nyalah bersifat se­rangan politik yang bertujuan ‘mengacah-acah’ individu serta seteru politik­nya.

Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, adakalanya tuduhan dilemparkan Ahli Parlimen Pandan itu tidak langsung mengamalkan konsep tabbayun.

Bukan itu sahaja, kata Irmohizam, malah, ada di antara dakwaan yang dibuat Rafizi dianggap beliau sebagai hanyalah ‘gurauan’.

“Rafizi bagaikan tidak serik dengan tuduhan dan hukuman mahkamah apabila sering membuat kenyataan berbaur fitnah. Beliau sangat ligat mencari ke­salahan orang lain dan menghasut rakyat dengan mengum­pan maklumat-maklumat yang tidak sahih.

“Beliau juga dilihat se­ring mengeluarkan ke­nyataan yang berbaur negatif dan adakalanya tanpa fakta tepat yang ditujukan kepada Perdana Menteri serta isteri. Perbuatan itu seolah-olah tiada kesudahan dalam hidup beliau,” kata­nya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor percaya Rafizi tidak akan serik dengan perbuatannya itu tetapi mengingatkan Rafizi bahawa rakyat tidak mudah untuk diperbodohkan.

“Seharusnya rakyat boleh menilai wakil rakyat manakah yang benar-benar menjalankan tangungjawab dalam memastikan kebajikan mereka terbela,” jelas beliau.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top