.... BN Sokong Usul RUU 355 | AAKJ






Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan percaya dan yakin bahawa parti-parti komponen akan menerima usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang akan dibentangkan nanti.


Ketua Pemudanya, Datuk Mohd. Razlan Rafii berkata, sebaik sahaja mendengar pembentangan RUU 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau yakin usul tersebut akan diterima oleh parti-parti dalam komponen BN.

“RUU 355 yang ingin dipinda ini begitu jelas bertujuan memberikan keinsafan kepada yang menerima hukuman dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana sebelum ini, denda yang dikenakan terhadap kesalahan syariah amat kecil sehingga tidak memberi pengajaran kepada pesalah.


“Malah Abdul Hadi turut menyatakan bahawa RUU 355 bukanlah satu rang undang-undang yang baharu dan rang undang-undang ini tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top