.... Berhala 'Ikon Pahlawan Melayu' Di Tampin | AAKJ



PERTAMA kali melihat tokong Cina yang menyerupai seorang lelaki Melayu memakai pakaian ala Hang Tuah, ramai yang keliru dan mempersoalkan tujuan patung tersebut dibentuk sedemikian rupa.

Perlukah patung yang disembah itu menyerupai lelaki berpakaian pahlawan Melayu mirip Hang Tuah? Kita semua tahu bahawa orang Melayu beragama Islam dan orang Islam tidak sesekali dibenarkan menyembah patung. Hang Tuah pula merupakan pahlawan Melayu.

Lokasi tokong Hang Tuah itu di kawasan letak kereta sebuah hotel bandar Tampin. Ini bermakna ianya berada dalam kawasan Majlis Perbandaran Tampin. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap tuan punya premis yang membina tokong tersebut.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membina tokong Cina menyerupai Hang Tuah dilihat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap perkara yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Malah perkara ini turut dilihat boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dalam negara kita.

Ini bukan pertama kali tokong Cina yang mengelirukan umat Islam dirobohkan. Beberapa bulan yang lalu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja.

“Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, MPK telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina tersebut.

– PRU14.tv


PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog PRU14.TV dengan tajuk asal Tokong Cina Mirip “Hang Tuah” Ada Di Tampin . Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top