.... Barua Dap Menyalak: Orang Tidak Bertudung Lebih Mulia | AAKJ



LUAHAN ikhlas rakyat Malaysia berkenaan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih belum menutup aurat pada usia yang melangkau 91 tahun telah disalah erti oleh pentaksub beliau.Pernahkah anda dengar bahawa kebenaran itu pahit namun ianya tetap perlu ditelan juga. Begitu juga dengan puji-pujian yang membawa rebah.

Mempertahankan perkara salah yang dilakukan oleh Siti Hasmah tidak akan membantu beliau. Jika penyokong tegar parti Bunga ini benar-benar sayangkan isteri Mahathir ini, sepatutnya mereka memberi nasihat yang betul.

Tindakan mereka yang terus menyokong perbuatan Siti Hasmah yang salah dari segi agama Islam langsung tidak akan membantu beliau. Malah ianya akan terus menyebabkan Hasmah terus hanyut seperti luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan.

Kita amat terkilan dengan beberapa komen yang melampau batasan berkenaan isu tudung Siti Hasmah. Mereka sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa orang yang tidak bertudung lebih boleh dipercayai dan lebih mulia dari semua aspek. Ramai yang berpendapat bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh individu tanpa justifikasi yang waras.

Individu tersebut dikatakan adalah “barua” DAP yang ditugaskan untuk terus menyesatkan orang-orang Melayu agar terus jauh dari agama Islam yang sebenar.
bertudung tak semestinya elok semuanya…yg tak bertudung boleh lagi dipercayai kerana mereka itu lebih mulia dari semua aspek…- Jay Kash JP
Kita tidak terlalu terkilan dengan individu yang bernama Jay Kash JP memandangkan beliau tidak beragama Islam. Namun ramai yang cukup bersedih dengan kenyataan dari seorang individu yang berbangsa Melayu dengan nama Tengku Razali Rus. Beliau seolah-olah menganggap agama Islam sebagai ajaran songsang apabila membuat kenyataan bahawa ramai mula bertudung selepas tahun 80 an dimana ajaran songsang mula meresapi orang Melayu- Melalui profil facebook, beliau juga kelihatan berada pada usia emas.


Dulu dulu org melayu tidak berkopiah atau bertudong-lepas tahun 80an sahajo ajaran songsang mulo meresapi org2 melayu!- Tengku Razali Rus



Adakah mereka ini sememangnya “barua” DAP yang tidak mahu Islam diangkat pada tahap yang sepatutnya? Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Perkara ini sedang cuba diperkotak katikan oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Penguna media sosial yang turut prihatin dengan Siti Hasmah dan berharap beliau akan berubah demi kebaikan turut menjadi mangsa maki hamun kumpulan yang dikatakan “barua” DAP ini. Dan sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa cara Pakatan Harapan yang dipimpin DAP tidak pernah berubah.

Apabila mereka “kalah” dalam mana-mana perdebatan atau perbahasan maka mereka akan mula memaki hamun dengan bahasa yang paling kesat. Malah mereka sampai ke tahap kritikal apabila mendoakan pihak lain agar segera mati kemalangan.

PRU14.tv


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top