.... Bagaimana Cara Pemimpin Pakatan Haram, Media Internet Kelirukan Rakyat | AAKJ



Pada 14 April kami menerbitkan satu reaksi daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland yang menyatakan bahawa mereka tidak menerima permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) dari Malaysia.

Laporan itu juga menyatakan ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kepada parlimen. Ia adalah tidak tepat dan Malaysiakini sudah membuat pindaan pada berita berkenaan.

Razali menjelaskan kenyataannya di parlimen pada 23 Mac lalu merujuk kepada permohonan MLA dari Switzerland kepada Malaysia dan bukan sebaliknya.

Kami memohon maaf atas kesilapan itu.

Razali juga menggesa pihak yang mengkritiknya berdasarkan kepada laporan itu supaya memohon maaf dan melakukan pembetulan sewajarnya.
Razali menamakan bloger, OutSyed the Box; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai pihak yang mengkritiknya berdasarkan kesilapan laporan itu.
Aakj: Mereka seperti bekerjasama. Siapa yang mulakan cerita dan siapa yang 'sambung'?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top