.... Azmin Sedia Disiasat SPRM Lagi | AAKJ







Terbaru, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau sedia disiasat semula berhubung dakwaan harta luar biasa yang dimilikinya sewaktu menjadi setiausaha sulit timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, 22 tahun lalu.

Beliau sentiasa terbuka dan akan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemilikan harta itu.

“Terpulang kepada mereka. Ia bukan benda baharu, sebelum ini pun SPRM telah melakukan siasatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan (kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah padi Parit 10 Sungai Besar, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah semalam bahawa kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu walaupun ia ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997.

Beberapa NGO menggesa SPRM membuka semula kertas siasatan kes pemilikan harta luar biasa Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan munasabah.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top