.... Arbitrari 1MDB: Runtuhnya 'Teori Curi' Pembangkang | AAKJ



Apabila IPIC-1MDB membuat penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) kes yang melibatkan dua pihak, pembangkang rasa kecewa dan cuba putar belit dengan cerita bohong yang tidak berasas.

Fitnah terbaru pembangkang – Jumlah hutang RM25.18 bilion (IPIC RM5.28 bilion + bon RM15.4 bilion + faedah bon RM4.5 bilion) perlu dibayar oleh 1MDB dan kerajaan Malaysia. Di samping itu pembangkang juga mendakwa "penyelesaian luar arbitrari membuktikan 1MDB telah tersalah bayar kepada entiti yang tiada kaitan dengan IPIC".

Fakta 1: Jaminan IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC perlu membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.

Fakta 2: persetujuan penyelesaian pertikaian 1MDB-IPIC telah dicapai dan ia akan membantu menyelesaikan sebanyak AS$2.5 bilion hutang dan faedah hutang 1MDB tanpa menggunakan dana tambahan dari kerajaan.

Caranya: Menebus aset kewangan/unit dana Brazen Sky dan GIL 1MDB yang dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion serta menggunakannya untuk:

i. Mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016.

ii. Membayar faedah bon 1MDB bermula tahun ini sehingga tahun 2022 yang berjumlah AS$1.3 bilion (yang disebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah pembangkang)

Fakta 3: IPIC akan melupus kira tuntutan sebanyak AS$481 juta bayaran penamatan opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC akibat pertikaian ini.

Fakta 4: Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.

Fakta 5: Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB tidak akan membayar sekali lagi jumlah AS$3.5 bilion kepada IPIC atau membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion ini.

IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC dan 1MDB bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut.

Fakta 6: Jika tiada penyelesaian dicapai antara IPIC dan 1MDB, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.

Fakta 7: Jaminan IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon ini masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.

Pembangkang tidak mahu menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan teori dan dakwaan mereka selama ini mengenai beberapa perkara, iaitu:

I. Wang 1MDB dicuri dan ia dicuri oleh Datuk Seri Najib Razak
II. 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian
III. Unit dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai
IV. 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu
V. Penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain akan mendapati Datuk Seri Najib bersalah dan beliau akan dihukum oleh negara-negara ini

Hakikatnya penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB ini adalah satu kejayaan kerana ia:

I. Dapat mengurangkan lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB
II. Membuktikan unit dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB
III. IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi dari 1MDB kepada syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB.
IV. Penyelesaian luar kes arbitrari ini telah melemahkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri.

DATUK MOHD PUAD ZARKASHI 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top