.... Apa Maksud Rafizi Bila Mengatakan Adam Rosly Sebelum Ini Adalah Ahli PAS | AAKJ



Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes membabitkan banglo mewah merupakan bekas ahli PAS, kata Rafizi Ramli, menjawab kritikan yang mengaitkan PKR dengan dakwaan ke atas Adam.

“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” katanya.

Rafizi berkata PKR tidak boleh memandang mudah dengan dakwaan ke atas Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan boleh dijadikan modal politik oleh Umno dan PAS.

“Kalau tidak ditangani dengan baik, dia akan ada kesan kepada parti. Kalau tidak ambil tindakan, orang akan kata kesalahan orang lain kami bising tapi bila kena pada parti sendiri kami diam.

“Jadi tindakan perlu diambil, kalau tidak ia akan diambil kesempatan musuh politik Pakatan Harapan baik dari Umno atau PAS.”

Semalam Rafizi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

FMT difahamkan Pemuda PKR akan membawa usul supaya Adam digantung jawatan, susulan kes membabitkan banglo mewahnya minggu lalu.

Pada Jumaat, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu, di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Beliau dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas.

Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana untuk pembelian banglo itu, yang menurutnya berharga RM1.2 juta.

Adam berkata lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman dua orang Ah Long.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Rafizi juga mencemarkan nama baik PKR bila mana tuduhannya yg tidak berasas dikenakan hukuman saman termasuk saman fitnah....apakah sepatutnya Rafizi juga mesti menjauhkan diri daripada PKR?

      ReplyDelete

     
    Top