.... Anugerah Juara U-Turn Layak Diberikan Kepada Pakatan Harapan | AAKJ





Pakatan Harapan sememangnya tidak pernah gagal dan tercicir dari senarai pakar pusingan U, malah Pakatan Harapan juga sangat wajar untuk diberi anugerah sebagai juara dan raja segala U-Turn di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengklasifikasikan pembangkang sebagai penggemar membuat pusingan U, memandangkan baru-baru ini Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengumumkan akan mengekalkan GST jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

HAHA! Geng Pakatan Harapan ni memang sah la spesis lidah bercabang, cakap tak serupa bikin, suka cakap pusing dan mengelirukan rakyat! Sebelum ini bukan main lagi janji kalau menang pilihan raya dorang nak hapuskan GST.

Tapi sekarang ini pusing cerita dan terbalik pulak apabila dorang nak kekalkan GST dan silap hari bulan nak tambah kadar caj GST sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya.

Apa sudah jadi dengan pembangkang?? Mabuk ketum ke? Sekejap cakap itu sekejap cakap ini, pening la! Kenapa suka sangat buat pusingan U?? Pembangkang ni sebenarnya suka sangat cakap ikut sedap mulut sebelum membuat percaturan.

Rakyat pun dah naik muak dan jijik dengan kenyataan demi kenyataan sampah yang dikeluarkan pihak pembangkang. Hari ini dorang muka lain tapi esok lusa dorang bermuka lain pulak! Pendirian pembangkang langsung tidak tetap dan ini amat mengelirukan rakyat.

Pembangkang banyak sangat main wayang dan kerap bersandiwara, tambah-tambah mengenai isu yang melibatkan politik. Paling memalukan apabila keluarkan kenyataan merapu dan kemudian nak salahkan orang lain tanpa rasa malu.

Sebelum ini cakap nak hapus GST, lepas tu cakap pulak nak kekalkan GST jika pembangkang berjaya tawan Putrajaya. Pada masa yang sama cuba nak kelentong rakyat dengan mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memesongkan perhatian daripada salah urus mereka terhadap sumber awam melalui berita palsu.

Alahaiiii… Permainan apa yang pembangkang cuba mainkan ni?? Jangan nak perbodohkan rakyat lagi boleh tak? Cukup-cukup la diri sendiri yang bodoh.. Dulu dakwa GST kononnya membebankan rakyat tapi tiba-tiba cakap nak teruskan pulak.

Nampak sangat yang sebenarnya pembangkang ni malu nak mengaku yang pelaksanaan GST adalah mekanisme terbaik demi ekonomi negara. Nurul Izzah patutnya berpemikiran matang dan jangan suka-suka hati buat pusingan U.

Demontrasi tolak GST bukan main tapi sekarang ni nak kekalkan pulak.. Hahaha.. Sumpah kelakar! Elok sangat la gelaran Raja U-Turn tu diberikan kepada geng Pakatan Harapan pun, sebab memang sesuai sangat dengan dorang. – TiraGomez/UtaraNews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top