.... Anak Menantu Muhyiddin Bakal Jadi Pemimpin Tertinggi PPBM? | AAKJ




Musim pemimpin pembangkang meletak anak-anak mereka di dalam parti masing-masing.

Lengkap nampaknya susunan kononnya penyambung legasi kuasa dan harta parti.

Lim Kit Siang, Mendiang Karpal Singh lebih dari seorang anak disusun dengan senyap-senyap, Anwar Ibrahim bukan setakat anak, dengan isteri sekali dan khabarnya seorang lagi anak Anwar bakal menjadi calon pada PRU akan datang.

Bukan terhenti di situ saja. Daripada PAS juga tidak kurang menyusun zuriat untuk kekalkan kuasa dan harta parti.

Arwah Nik Aziz sudah berjaya dan kini kejayaan tersebut diikuti oleh Hadi Awang pula. Anak Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Kesemua pengikut parti pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang atau DAP ini hanya angguk-angguk sahaja. Kalaulah Najib atau Zahid atau siapa sahaja bawa masuk anak-anak mereka ke dalam saf kepimpinan UMNO maka anda akan lihat pemimpin pembangkang akan bertukar menjadi babi gila. Menyondol kononnya kroni dan nepotisma.

Terbaharu, khabarnya Muhyiddin dan Azmin Ali bakal memasang anak-anak mereka dan menantu Muhyiddin juga bakal mendapat tempat sebagai calon untuk kerusi Parlimen?

Sumber dari bilik gerakan pakatan rakyat, mereka ini masing-masing akan keluarkan modal untuk anak-anak mereka sekiranya menjadi calon nanti.

Cakap di pentas ceramah lain, amalnya lain. Itulah pembangkang!

Sedar atau tidak duit rakyat di negeri yang mereka perintah semakin susut?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top