.... Aktivis Media Sosial Juga Pejuang Nasionalis - Najib | AAKJ



WALAUPUN identiti majoriti daripada mereka tidak dikenali dan hanya berjuang di alam maya, namun ia bukanlah alasan untuk seorang ketua kerajaan tidak memperdulikan mereka begitu sahaja.

Atas prinsip hidup mahu menghargai mereka yang berjuang secara ikhlas, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah sudi meluangkan masanya bertemu dengan kira-kira 500 orang penggiat media sosial pro Kerajaan Barisan Nasional (BN) di ibu negara pada malam 14 April 2017.

Dalam pertemuan penuh semangat kekitaan dan santai itu, ternyata para penggiat media sosial di negara ini telah bersedia untuk ‘bermati-matian’ berperang di alam maya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Sebagai seorang ketua parti dan ketua kerajaan, dari lenggok badannya, terbukti Najib amat berasa bangga dengan para penggiat media sosial ini dan menyanjung tinggi kebolehan, kesetiaan, kesungguhan dan keikhlasan mereka.

“Saya berkeyakinan tinggi para aktivis media sosial kita ini juga, akan terus memainkan peranan mempertahankan Kerajaan dan membantu mengekalkan Barisan Nasional di Putrajaya.
“Ini semua kerana mereka, seperti saya dan jutaan rakyat Malaysia lagi, percaya bahawa di bumi Malaysia ini tidak ada pilihan yang lebih baik daripada Barisan Nasional.
“Saya mahu para aktivis media sosial kita juga ada kepercayaan diri dan melihat bahawa anda semua bukan sekadar aktivis tetapi adalah pejuang nasionalis,” kata beliau dalam satu kenyataan menghargai para penggiat media sosial.

Dengan tidak mahu mendabik dada, Najib ternyata akui ketika BN menghadapi dua pilihan raya sebelum ini parti itu tidak memiliki penggerak dan jentera yang kuat dalam aspek media sosial.

Namun sekarang ini bagi Najib, BN telah berubah. Melalui inisiatif dan kerja kuat pihak parti, penggiat dan aktivis media sosial pro BN sudah semakin utuh dan mampu bukan sahaja mempertahankan kerajaan sedia ada, malah turut berdaya menyerang pihak lawan sehingga mereka rebah begitu sahaja.

Walaupun dalam perkembangan kekuatan yang semakin baik ini, Najib turut meninggalkan beberapa azimat dan pesanan prinsip agar dapat dipraktikkan bersama sebagai seorang penggiat media sosial.

“Pertama, saya menyeru kepada semua untuk mengelakkan pertelagahan sesama sendiri. Kita mesti komited kepada perjuangan secara bersama, berjuang menegakkan Kerajaan Barisan Nasional.
“Kedua, kita mesti memperluaskan lagi rangkaian alam maya kita. Kita perlu tentukan kandungan dan mesej kita kepada rakyat dan berkongsi maklumat sesama kita agar ia dapat disebarkan dengan lebih meluas dan lebih berkesan lagi.
“Kita mesti berusaha berkomunikasi dengan influencers dalam pelbagai bidang dan membina rangkaian kita agar mereka juga terlibat bersama dengan kita.
“Ketiga dan yang terakhir sekali, amanat saya kepada semua adalah kita perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum dahulu,” pesan dari Najib.

Akhir sekali, semua penggiat dan aktivis media sosial harus menyahut cabaran dari Najib agar zaman tunggu dan pertahan sudah lama diamalkan, kini kita harus berani untuk melangkah ke langkah seterusnya iaitu menyerang pula.

“Kita sudah lama berada dalam ‘defensive mode’. Cukuplah. It is now time to attack !,” ujar Najib.
Maka, bersedialah para jentera media sosial pembangkang bagi menghadapi semangat dan strategi baharu para penggiat dan aktivis media sosial pro BN yang kini telah sedar dari tidur, telah belajar dari kesalahan dan mahu memperbaiki kisah silam yang gelap! –Tv14

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top