.... Adam Rosly Didakwa Rasuah, Ramai Jadi Cacing Kepanasan? | AAKJ





Hari ini, Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.
Para pemimpin lain dalam Pakatan Harapan (PH) nampaknya terus gabra apabila Adam didakwa kerana kes rasuah ini dan ada di antara mereka terlihat jelas ragam gelisah mereka dalam berdepan kes ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ini sedang membuat perancangan untuk ke Jakarta, Indonesia sejak Adam ditahan kira-kira dua minggu lalu.
Di laman Twitternya, beliau mengatakan mahu ke ibu negara Indonesia itu tetapi mahu menunggu kedatangan Gabenor baru Jakarta, Sandiaga S. Uno datang melawat Selangor terlebih dahulu.
Pada 2013, Azmin pernah datang ke Jakarta membuat lawatan kepada Gabenor pada ketika itu yang kini sudah menjadi Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Dalam kes Adam, nama Mohamed Azmin paling banyak dikaitkan kemungkinan terlibat dalam beberapa kes rasuah dalam negeri Selangor seperti yang pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli sebelum ini berkenaan isu rasuah di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula terus menyepi dan berdiam diri dari memberikan pendapat beliau dalam kes Adam Rosly ini sebaliknya tiba-tiba lebih gemar pada cerita berkaitan penemuan artifak sejarah.
Kalau diikutkan, PKR merupakan rakan rapat sekutu DAP dalam PH.
Mungkin Guan Eng enggan masuk campur kerana dirinya sendiri pun ‘tahi’ perasuah dalam pakatan kerana sedang berdepan perbicaraan kes rasuah yang melibatkannya.
Dia dituduh menggunakan kedudukannya membeli rumah banglo di Georgetown dengan harga jauh murah dari harga pasaran secara salah.
Paling kelakar ialah Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraidah Kamaruddin apabila memberikan reaksi lucu selepas Adam ditahan.
Ketika pendedahan berkaitan kekayaannya, Zuraida merupakan orag yang mempertahankan dan mempertikaikan pendedahan itu dan tidak marah apabila dikatakan Adam itu adalah Pegawai Khasnya selaku Ahli Parlimen.
Selepas ditahan, Zuraidah berkata Adam bukan orangnya dan padahal sebelum ini Zuraidah hanya berdiam diri apabila Adam dilabelkan sebegitu.
“Dia bukan pegawai khas saya dan juga tidak pernah dilantik menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor,” kata Zuraidah.
Nampak gelabah benar kerana sebaik ditahan, terus beliau mahu ‘cuci tangan’ dan menjauhkan diri dari Adam biarpun sebelum ini nampak hubungan agak berbeza dan rapat.
Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyita banglo bernilai RM1.2 juta milk Adam di Ampang yang dibeli dengan wang tunai.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top