.... 1MDB : Rafizi Dicabar Jadi Anak Jantan | AAKJ






Pas mencabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya menjadi anak jantan dengan mendedahkan nama individu dalam kepimpinan Pas yang didakwanya menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tanpa menamakan individu berkenaan maka Ahli Parlimen Pandan itu hanya meneruskan drama politik bersiri seperti mana tuduhan-tuduhan beliau sebelum ini.

Katanya, malah dalam tuduhan terbaru ini, Rafizi juga enggan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didesak Pas dan pelbagai pihak lagi.

“Sebab itu, jika Rafizi ini anak jantan, beliau kena berani dedahkan nama individu yang dimaksudkannya itu, tidak perlu bertangguh atau membuat drama politik bersiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Takiyuddin menyifatkan Rafizi sebagai bankrap idea apabila mengeluarkan hujah-hujah tidak masuk akal yang bertujuan mahu mengalihkan perhatian masyarakat terhadap masalah dalaman parti sekutu DAP itu.

Walau apa pun tegas beliau, barisan kepemimpinan Pas ketika ini tetap meneliti secara serius untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi.

Katanya, langkah itu perlu diambil bagi mendesak Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan nama individu yang dimaksudkan dalam tuduhannya pada 6 April lalu.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top