.... 1MDB: Kebodohan Punca Ezam Tidak Disambung Kontrak MOF? | AAKJ



Kenyataan Balas Kepada Ezam Md Noor

1. Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Ezam Md Noor dalam satu kenyataan semalam telah menuduh bahawa Dato’ Seri Najib menggunakan isu RUU 355 bagi menutup isu 1MDB. 


2. Saya ingin memberitahu beliau bahawa RUU355 adalah isu umat Islam yang perlu diberikan keutamaan. Isu 1MDB pula adalah isu yang dimainkan oleh pembangkang dan segala tuduhan kepada Perdana Menteri sehingga hari ini belum dibuktikan dalam mana-mana mahkamah.


3. Siasatan PAC yang disebut oleh Ezam juga telah membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam masaalah 1MDB. Isu 1MDB berpunca daripada kelemahan pengurusan dan tadbirurus korporat sahaja. Hari ini, selepas penstrukturan semula dan beberapa langkah strategik dibuat, 1MDB telah berjaya melangsaikan segala hutang jangka pendek syarikat itu.


4. Saya ingin mencabar Ezam selaku Presiden Parti Bebas Rasuah untuk terlebih dahulu membersihkan namanya sendiri daripada segala persoalan berkaitan diri beliau.

5. Yang pertamanya adalah isu 6 kotak rasuah yang selalu didendangkan oleh Ezam semenjak dari tahun 1999. Hampir 18 tahun hanya dua dokumen sahaja yang didedahkan Ezam. Bagaimana dengan kotak-kotak yang lain ? Melindungi atau bersekongkol dengan rasuah juga adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan agama. Adakah Ezam menggunakan kotak-kotak itu sebagai kotak untuk beliau cari makan?



6. Yang keduanya saya ingin bertanya kepada Ezam mengenai berapa banyak dana kerajaan yang diterima oleh beliau sepanjang beliau berada dalam UMNO? Ini termasuk dana sebagai senator, dana NGO Hisbah dan Yayasan Nusantara yang diketuai oleh beliau.


7. Kemana dana-dana ini dibelanjakan dan apakah tujuan perbelanjaan tersebut? Dan adakah segala perbelanjaan dibentangkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang?

8. Ezam juga sebagai seorang pemimpin kepada Parti Bebas Rasuah haruslah membuktikan kepada rakyat bahawa dirinya terlebih dahulu adalah seratus-peratus bersih daripada sebarang perbuatan rasuah dan penyelewengan. Beliau juga perlu mengistiharkan segala harta diatas namanya dan orang-orang terdekat dengannya dan menyatakan bagaimana harta tersebut diperolehi. 


9. Saya juga ingin bertanya apakah pendirian Ezam dan Parti Bebas Rasuah terhadap segala isu rasuah dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan seperti isu rumah banglo Guan Eng, Isu Dana YAWAS dan SMUE, Isu pembelian equiti SLASH, isu kedai judi haram dan macam-macam lagi? Adakah Parti Bebas Rasuah pimpinan Dato’ Ezam juga akan menggesa perletakan jawatan Lim Guan Eng dan Dato’ Seri Azmin Ali?


10. Sebagai penutup, dalam kenyataan semalam Ezam menceritakan bagaimana Rasullulah enggan menyembahyangkan jenazah seorang sahabat kerana sahabat itu mencuri harta negara yang bernilai dua dirham. Bagaimana pula dengan Ezam yang menggunakan segala kemudahan semasa berada di dalam kerajaan khususnya di Kementerian Kewangan ? Adakah sepanjang hampir 2 tahun di Kementerian Kewangan beliau tidak makan gaji buta dan telah menjalankan tugas setimpal dengan gaji besar yang diterima? Elaun beliau dibayar dengan wang kerajaan juga adalah harta negara. Apakah Ezam tidak bimbang kariah masjid di rumahnya nanti tidak mahu menyembahyangkan jenazahnya kelak ?


Muhammad Rahimi Osman
Bekas Setiausaha Sulit DS Anwar Ibrahim
Presiden, Pertubuhan Gerakan Transformasi Nasional 50
11 April 2017

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top