.... Yee Kew Cari Publisiti Murahan Kerana Rasa Tergugat? | AAKJ





Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew diingatkan agar tidak mencari publisiti murahan dengan melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kononnya Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak memberi tumpuan terhadap isu-isu rakyat di kawasan bandar.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusof berkata, kenyataan Yee Kew itu jelas bertujuan untuk mencari populariti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau memberitahu, pemimpin PKR tersebut sebenarnya tidak selesa dengan pelbagai pembangunan dan kemajuan yang dilakukan kerajaan tanpa mengira kawasan khususnya di ibu negara.

“Yee Kew ini bercakap seolah-olah tidak ada ilmu, tak baca surat khabar. Dia melemparkan tuduhan dan fitnah dengan memusingkan fakta.

“Ternyata kenyataan yang dikeluarkannya menunjukkan beliau berasa tergugat dengan kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan pelbagai pembangunan dan kemajuan untuk rakyat di ibu kota,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yee Kew membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tengku Adnan itu melalui satu kenyataan dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa Kamal berkata, kenyataan Yee Kew tersebut disifatkan tidak bertimbang rasa serta tidak menunjukkan keperibadian seorang pemimpin.

“Mereka tak buat kerja dan hanya sekadar pandai buat janji-janji kosong bagi menarik sokongan rakyat. Jadi, mereka mula bimbang sebab rakyat sudah melihat kebenaran sebenar hasil pembangunan dijalankan kerajaan,” tegasnya.

- UM


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top