.... Wan Azizah Tiba-tiba Nazak? | AAKJ



Wan Azizah dimasukkan ke hospital, semalam tetapi menurut setiausaha politik beliau, Rodziah Ismail, keadaan isteri Anwar Ibrahim yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu stabil dan tidak membimbangkan.

Netizen kecoh di laman sosial dan hampir kesemua medium maya memuat naik kisah betapa mudahnya Anwar Ibrahim yang merengkok di dalam penjara Sungai Buluh melawat Wan Azizah di hospital.

Rakyat Malaysia mula tertanya, tenatkah sakit Wan Azizah sehinggakan bos penjara Sungai Buluh begitu mudah 'melepaskan' Anwar melawat isterinya itu? Nazakkah keadaan Wan Azizah?

Malah ada yang bertanya, siapakah doktor yang mengeluarkan 'surat bukti' mengatakan Wan Azizah perlu dilawati oleh sang suami yang merengkok dalam penjara di atas kesalahan meliwat pekerja lelakinya sendiri.

Atau apakah cukup hanya dengan surat dari peguam peribadi Anwar dan bos Penjara Sungai Buluh terus meluluskannya?

Lewat petang barulah rakyat Malaysia boleh melihat 'bagaimana' keadaan Wan Azizah. Gambar Wan Azizah bersama dengan Siti Hasmah yang datang melawatnya. Nampak seperti hanya demam selsema sahaja. Jauh sekali dia dalam keadaan nazak yang membolehkan Anwar dibawa dari penjara ke hospital tersebut.

Kalau ini juga s.o.p penjara Malaysia maka berilah laluan kepada semua banduan yang se-kategori dengan Anwar Ibrahim. Mungkin jenayah liwat atau merogol lelaki sesama jantina ini satu jenayah yang tidak kejam. 

Kalau sekadar menggunakan hospital sebagai syarat untuk membolehkan banduan hadir melawat isteri maka pihak hospital atau dan pihak penjara perlu menjelaskan peraturan ini kepada semua rakyat Malaysia khususnya keluarga banduan yang seumpamanya.

Mungkin doktor yang bertanggungjawab menjaga Wan Azizah boleh menjelaskan keadaan sebenar Wan Azizah. Nazak sangatkah dia?

Barua dan broker pembangkang dah mula mainkan isu kononnya Anwar dikawal rapi ketika melawat selama 45 minit itu. Cuma hairannya, mana gambar yang menunjukkan Anwar di dalam wad bersama Wan Azizah? Ada pengawal atau mereka hanya bersendirian atau Anwar bersama anak pinak dan pegawai pegawai politiknya?

Barua dan broker bodoh pakatan harapan mungkin lupa bahawa Anwar adalah penjenayah yang bersalah kerana meliwat pekerja lelakinya sendiri dan beliau perlu diberi ruang untuk berlenggang bebas?

Jangan jadi "pencuri undang-undang"!!


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top