.... Wakil Rakyat PAS Ada Mini Panggung Wayang Di Rumah | AAKJ



Hari ini di sidang DUN negeri Terengganu, YB Ariffin Deraman (Pas-Alur Limbat) meminta pihak kerajaan mengkaji balik dan menutup panggung wayang yang kononnya dikhuatiri menyebabkan gejala sosial yang serius berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.

Adun PAS ini juga turut mengecam tanpa menyelidik terlebih dahulu bagaimana operasi panggung wayang yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri setelah ianya ditutup sejak lebih 20 tahun yang lalu. Kecaman Adun PAS tersebut lebih menjurus ke arah masa tayangan dan juga waktu operasi di bulan ramadhan.

Adun PAS mungkin terlupa beberapa perkara:

1. Pelanggang atau peminat wayang bukan hanya terdiri dari anak muda yang beragama Islam. PAS yang terkenal dengan alasan tidak menutup tempat maksiat di Selangor seperti rumah urut dan kelab malam adalah kerana pelanggan terdiri dari orang kafir juga.

2. Wakil rakyat PAS yang terkenal dengan alim-alim lembu hanya berlakon watak agamawan apabila ianya dilihat mudah untuk dijadikan modal politik. Selama ini PAS bergantung kepada warga kafir untuk mengundi calon mereka terutamanya di kawasan bandar dan hari ini mereka cuba untuk menghalang apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan BN termasuk mewujudkan panggung wayang yang mempunyai garis panduan agar tidak ada unsur syak.

3. Bagaimana remaja Islam berani berpeleseran sedangkan kerajaan BN Terengganu di bawah pimpinan MB Razif sudah pun melaksanakan peraturan yang lebih menjurus ke arah kaunseling bagi remaja yang berada di dalam keadaan syak. Kalau naik motorsikal bukan dengan pasangan yang sah pun bakal ditahan, inikan pula berpelesaran jauh malam.

4. Wakil rakyat PAS perlu dan wajar mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu. Bagaimana pula dengan 'mini panggung' di dalam rumah yang pelbagai saiz dan jenama yang turut berada di dalam rumah pemimpin dan ahli PAS? 
Adakah 'mini panggung' tersebut hanya dibuka untuk mendengar azan sahaja? Bagaimana dengan segala 'mak nenek' cerita yang ada di dalamnya dan percuma tanpa tiket? Agak-agak YB PAS Alor Limbat ini akan balik dan bakar atau buang sahaja mini panggung yang bersaiz besar serta model yang terbaru yang ada di dalam rumahnya itu?

Rakyat sudah muak dengan kecelaruan perjuangan PAS. Sikap PAS masih belum berubah. Bagi PAS di Terengganu, kejayaan kerajaan BN di bawah MB Razif adalah igauan buruk bagi mereka.

MB Razif dan saf kepimpinan UMNO BN Terengganu berusaha untuk menaik taraf ekonomi rakyat negeri sudah tentu bagi PAS ianya adalah tidak baik.

Kalau perpaduan bertambah baik, maka bagi PAS ianya sudah tentu tidak baik bagi PAS.

Kalau kerajaan negeri makin stabil, sudah tentu ianya satu berita buruk bagi PAS Terengganu.

PAS berusaha untuk takutkan rakyat dengan sandaran kononnya 'nas agama' dan dengan pelbagai cara bagi menidakkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN dilihat semakin gagal.

Kenapa perlu ada 'double standard' atau kenyataan atau perjuangan berpilih di dalam isu sebegini. Apakah PAS Terengganu dan PAS Selangor serta PAS Pulau Pinang berbeda hala tuju Jannahnya?

Lambakan rumah maksiat di Selangor dan wakil rakyat PAS kekal sebagai Exco kerajaan negeri. Begitu juga di Pulau Pinang. Malah memalukan kenapa kedai atau gudang borong arak masih kekal gagah berdiri di Kelantan?

Kawasan sendiri dibiarkan kepada pemimpin UMNO yang jaga. Apakah amanah dan tanggung jawab itu tidak berada di dalam kitab Islam? Cukupkah alasan "tidak ada bajet" untuk berhadapan dengan Ilahi bila bangkit di Mahsyar kelak? Kalau itulah alasannya maka tidak perlulah bertanding dan memekak kononnya kita ini adalah WAKIL RAKYAT!

Mudah-mudahan esok kita akan lihat kesemua pemimpin PAS dan ahli PAS Terengganu yang anti panggung wayang ini bakar atau campak mini panggung mereka ke laut.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top