.... Video Lelaki Mandi Bogel Di Dataran Seremban, Kenapa Biarkan... | AAKJ



BARU-BARU ini, kita digemparkan dengan satu rakaman video memaparkan seorang wanita warga Vietnam berjalan tanpa seurat benang di sekitar Taman Universiti Garden, Petaling Jaya, Selangor.

Aksi selambanya itu mencetuskan panik khususnya dalam kalangan penduduk perumahan dan pengguna jalan raya yang melalui di kawasan tersebut.

Terbaharu, rakaman video aksi lelaki sedang mandi telanjang di dalam kolam air pancut mula tular menerusi media sosial sejak semalam.

Lagak bersahaja lelaki itu menarik perhatian pengguna jalan raya kerana kolam air pancut tersebut terletak di Dataran Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi rakaman, turut kelihatan seorang anggota polis cuba menyoal lelaki terbabit selepas dipercayai menerima aduan daripada orang ramai.

Kami tidak dapat memastikan apakah punca dan tujuan lelaki tersebut bertindak berani mandi secara bertelanjang bulat di tempat tumpuan orang ramai.

Namun, netizen mengandaikan lelaki itu mempunyai masalah mental dan tindakan yang dilakukan adalah di luar kewarasannya sendiri. – MYNEWSHUB



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top