.... Video Berahi: Zairil Patut Mengaku Sajalah... | AAKJ



BEKAS NAIB pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berpendapat Zairil Khir Johari perlu berterus-terang jika benar individu miripnya dalam sebuah video kontroversi memang benar dirinya.

VIDEO klik di SINI

“Zairil harus bertanggungjawab ke atas perilakunya dan tidak takut untuk mengaku kesalahannya jika benar memang video tersebut memaparkan dirinya,” katanya dalam satu wawancara melalui telefon dengan Mynewshub lewat petang tadi.

Kata Tunku Abdul Aziz lagi, beliau yakin reputasi Ahli Parlimen Bukit Bendera itu tidak akan terjejas jika beliau mengaku kesilapannya kepada umum.

Sebelum ini, Zairil menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat di dalam rakaman tersebut.

Seterusnya, ahli politik veteran itu turut berpandangan bahawa isu ini tidak boleh dibiarkan tanpa diberi apa-apa penjelasan kerana status Zairil sebagai public figure yang dihormati masyarakat.

“Sebagai seorang ahli parlimen yang dilantik oleh rakyat, Zairil perlulah menjaga tata tertibnya di mata masyarakat.

“Bahkan, sebagai seseorang yang menerima gelaran ‘Yang Berhormat’, jadi ianya hanyalah logik untuk dia berkelakuan secara baik dan terhormat,” ulas bekas Panel Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu lagi.

Apabila ditanya adakah kontroversi ini menjejaskan hubungan Zairil dengan ahli-ahli tertinggi parti pembangkang itu, Tunku Abdul Aziz menafikan ada sebarang pergeseran berlaku.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa beliau tidak mahu masuk campur urusan peribadi ahli Parlimen tersebut namun beliau memberi pendapat di atas kapasiti Zairil sebagai wakil rakyat.

“Zairil sudah besar, dia tahu kesan akibat perbuatan dia.

“Dia bukan budak kecil untuk dimarahi atau diberi nasihat itu-ini,” katanya lagi menutup perbualan.

Semalam, dua rakaman video yang dikaitkan dengan Zairil yang memaparkan aksinya menari manja dengan penuh mesra dan ghairah bersama-sama seorang wanita.

Video berdurasi 11 saat itu jelas memaparkan wajah lelaki itu yang kelihatan seiras dengan Zairil.

Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka kelihatan intim berpelukan dan menari sambil menghayati lagu di dalam sebuah kelab malam.-MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top