.... Video Anak Kim Jong-nam Muncul Membuat Pengakuan | AAKJ



Walaupun pihak berkuasa Malaysia masih menunggu waris Kim Jong-nam mengemukakan sampel DNA, video YouTube telah muncul di mana seorang lelaki mengaku sebagai anaknya, Kim Han-sol.

Klip video 40 saat itu bertajuk KHS Video dimuat naik di laman YouTube sebuah kumpulan yang dipanggil Cheollima Civil Defence semalam.

"Nama saya Kim Han-sol, dari Korea Utara, sebahagian daripada keluarga Kim," kata lelaki itu dalam video tersebut.

"Bapa saya telah dibunuh beberapa hari lalu. Saya kini dengan ibu saya dan adik saya. Kami amat berterima kasih kepada ...," katanya. Nama yang disebut telah dilenyap dari video.

"Kami berharap ini akan jadi lebih baik tidak lama lagi," katanya, dalam menamatkan video.

klip juga menunjukkan pasportnya tetapi semua butir-butir beliau telah digelapkan.

Do Hee Youn, seorang aktivis 'Citizens Coalition for Human Rights of Abductees and North Korean Refugees' mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah Han-sol, lapor Channel News Asia.

Orang dalam video itu kelihatan sepadan dengan video temu bual awal dengan Han-sol yang disiarkan oleh Al-Jazeera dan stesen penyiar awam Finland YLE.



sumber



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top