.... UMNO Tumbang Jika Ikut Cakap Tuanku Abdul Rahman | AAKJ



Jika rakyat Malaysia mengikut cakap Tunku Abdul Rahman pada pilihan raya 1990, UMNO sudah tumbang, Mahathir tidak menjadi Perdana Menteri 22 tahun.

Pada 1989, PRK Ampang Jaya, bekas Menteri Besar Selangor, hero Melayu, Dato Harun Idris, bertanding atas tiket S46 menentang Ong Tee Keat (BN). Tunku turun berkempen untuk S46. Namun BN menang di kawasan majoriti Melayu.

Orang Melayu tidak mengundi dua pahlawan Melayu ini bukan kerana mereka tidak mengenang jasa tetapi kerana mereka mahu kerajaan yang membantu rakyat terus kekal.

Ketika itu, isu-isu sama sahaja yang dibangkitkan. Negara bakal muflis, kos sara hidup tinggi, rasuah, dan kronisme.

Rakyat Malaysia menghormati dan mengenang jasa Tunku. Tapi bukan bermakna mereka kena ikut cakap Tunku setiap masa. Mereka tahu biar sebesar mana jasa Tunku, beliau tidak semestinya benar setiap masa.

Hari ini Mahathir mengulangi sejarah politik bapa kemerdekaan kita. Kita juga perlu mengulangi sejarah 1989 dan 1990.

Sebesar mana jasa Mahathir pun tidak sama dengan jasa Tunku. Almarhum mengorbankan harta, takhta dan segala-galanya untuk kemerdekaan negara. Tidak seorang anak Tunku pun menjadi bilionair atau jutawan seperti anak Mahathir.

Jika rakyat boleh menolak saranan Tunku pada 1990 maka tiada sebab untuk kita menerima pandangan Mahathir pada 2017 ini.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top