.... Tular Foto Pembantu Juruterbang Wanita Sedang Solat Dalam Kokpit | AAKJ



Jakarta: “Terima kasih ya doanya… pantes aja cuaca Clear selama penerbangan.”
Itu yang dikatakan seorang juruterbang pesawat Garuda Indonesia berhubung gambar pembantu juruterbangnya sedang menunaikan solat dalam kokpit yang dimuat naik ke dalam akaun Instagramnya.

Juruterbang pesawat Airbus A330 itu, Jaka Pituana memuat naik gambar pembantu juruterbang memakai telekung berwarna ungu sedang bersolat ketika penerbangan, hujung minggu lalu.

Sejak dimuat naik empat hari lalu, gambar itu menjadi tular dan sudah mendapat 1,333 'likes' di Instagramnya setakat ini.

Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny S Butarbutar mengesahkan gambar itu adalah pembantu juruterbang, Sarah Widyanti Kusuma.

Benny berkata, Sarah biasa menunaikan solat di dalam kokpit.

"Di dalam pesawat memang harus dekat (Tuhan) dengan berdoa," kata Benny.


metro

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top