.... Tuduh Abdul Hadi Tidak Sayangkan Negara, Lim Kit Siang Sudah Semakin Terdesak | AAKJ





Ianya kelihatan jelas apabila Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terdesak untuk selamatkan diri, keluarganya dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Oleh kerana itu, beliau menuduh PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sayangkan Malaysia sebaliknya beliau hanya mahu menyelamatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kit Siang berkata, siap berdiam diri Abdul Hadi berkenaan tuduhan tidak berasas ke atas Najib menunjukkan beliau tidak berminat dengan nasib Malaysia.

Sebenarnya, beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah cuba memutarbelitkan persepsi rakyat dengan menunjukkan bahawa sikap Abdul Hadi sebenarnya hanya ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan bukan negara Malaysia, lebih kepada mahu menyelamatkan individu.

Hakikatnya, Abdul Hadi tahu permainan jahat DAP dan hasil daripada kerja jahat itu umat Islam dan bangsa Melayu sudah teruk berpecah-belah kepada beberapa parti dan kuasa politik orang Islam dan Melayu hampir jatuh ke tangan pembangkang diketuai DAP dengan cara yang jahat.

PAS melakukan tindakan betul tidak menyebelahi Pakatan Rakyat (PR) ketika ada desas-desus mereka mahu mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Najib sekaligus cubaan jahat itu gagal.

Abdul Hadi dalam tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini sudah menyatakan bahawa tuduhan perlu disertakan dengan bukti berasas serta saksi.

Kata beliau, Najib bukannya malaikat tapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” kata Abdul Hadi sebelum ini.

Kit Siang membuat kenyataan jahat ke atas Abdul Hadi kerana kecewa PAS sudah enggan membantu DAP dalam pilihan raya sepertimana yang mereka lakukan untuk bantu Kit Siang menang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas.

Beliau terdesak mahu raih undi dari orang Melayu untuk PRU ke-14 melalui PAS kerana dalam hatinya, Kit Siang tidak yakin dengan parti Mahathir, iaitu PPBM kerana ahli parti baru itu tidak sampai 10,000 pun lagi di seluruh Malaysia.

Selepas PAS enggan lagi ada apa-apa kerjasama dengan PAS, oleh sebab itu Abdul Hadi terus dikritik serta diperlekeh oleh Kit Siang.

Difahamkan, kini Kit Siang sedang mencari tempat baru dan penyokong parti mana boleh membantunya menang kerana di seluruh negara orang sudah mula tawar hati dan mula menolak dirinya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top