.... TMJ Menang Tanpa Bertanding, Annuar Musa Tarik Diri | AAKJ



KEHANGATAN menjelang pemilihan jawatan kepimpinan Persatuan Boleh Sepak Malaysia (FAM) reda. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menang tanpa bertanding.

Ini berikutan keputusan mengejut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa umum tarik diri dari pemilihan jawatan nombor satu FAM itu yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia buat pengumuman itu dalam sidang akhbar khas di bilik media bangunan Parlimen.

Katanya keputusan tarik diri itu adalah keputusannya sendiri dan bukan atas desakan sesiapa.

Beliau hendak tumpu perhatian kepada bolasepak Kelantan bagi melahirkan bakat-bakat baru di negeri itu.

Pemilihan jawatan kepimpinan FAM akan berlangsung di Kongres FAM kali ke-53 di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top