.... Tidak Seinci Pun Tanah Johor Diberi Pada Orang Asing Sebagai Hak Milik Kekal | AAKJ



BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata membuat dakwaan palsu berkenaan kerajaan negeri memberikan tanah milik kekal kepada orang asing dalam pembangunan Forest City.

Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap berkata status pegangan kekal adalah hanya untuk hak milik strata dan bukannya tanah.

“Memanglah hak milik kekal sebab kerajaan bukan luluskan tanah tetapi hak pemilikan strata.

“Tidak ada seinci pun tanah Johor yang dimaksudkan hak milik kekal ini,” katanya.

Sebelum ini Mahathir bergambar sambil berkelakuan seperti budak liar bersama Siti Hasmah dengan papan tanda yang mengiklankan hartanah hak milik kekal di projek kediaman Gelang Patah, untuk membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan BN Johor menjual tanah kepada rakyat asing.

Projek Forest City yang dibangunkan atas tanah tambak dengan pemaju membayar 30 sen bagi setiap kaki persegi tanah sebagai bayaran pampasan kepada nelayan yang terjejas.

“Tiada kaitan dengan tanah Pelabuhan Tanjung Pelepas atau PTP kerana tanah PTP milik mereka sendiri dan PTP bukan milik kerajaan,” katanya.

Beliau menuduh Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cuba untuk memprovokasi rakyat yang tidak mempunyai pemahaman betul tentang isu itu.

“Dah tak ada isu dah geng-geng ini,” katanya.

Mahathir dalam blognya hari ini menghasut rakyat dengan menabur fitnah kononnya Najib cuba mengelirukan orang ramai apabila beliau berkata kedaulatan Malaysia tidak terjejas dengan projek Forest City kerana unit yang dijual adalah secara pajakan 99 tahun.

Pakatan Harapan pimpinan DAP dan Mahathir kini berada dalam keadaan cukup terdesak bagi merealisasikan impian dan agenda peribadi masing-masing. Rakyat sebenarnya tidak ada pun dalam perancangan mereka.
PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top