.... Tidak Salah Penjawat Awam Sokong Kerajaan | AAKJ



MyKMU:

Menjawab pertanyaan sebuah akhbar, Guru boleh sahaja menjadi ahli atau aktivis parti selagi mengikut garis panduan kakitangan awam termasuk mendapat kebenaran pihak atasan,

Namun guru seperti mana kakitangan awam lain tidak boleh menentang kerajaan secara terbuka kerana ia bukan sahaja melanggar peraturan kerja, tetapi juga bertentangan dengan prinsip demokrasi iaitu bekerja untuk “Kerajaan Semasa” (Goverment of the Day).

Jadi guru sepatutnya menyokong dan mempertahankan keputusan dan dasar kerajaan. Namun jika tidak setuju mereka perlu mengehadkan pandangan mereka untuk diri sendiri sahaja.

Jika mahu menentang dasar sedia ada secara terbuka mereka perlu berhenti dari menjadi penjawat awam.
Kerajaan tidak boleh berfungsi dengan baik jika terdapat kakitangan awam menentang secara terbuka segala keputusan dan polisi yang diputuskan oleh kerajaan.

Ada lebih 1 juta kakitangan kerajaan, jika semua mahu pendapat dan pandangan mereka diikuti, kerajaan akan jadi sebuah organisasi cacamerba.

Dalam idea demokrasi pun, prinsip “check and balances” membabitkan Kerajaan (eksekutif), pihak yang diiktiraf sebagai agen pengimbang ialah Legislatif, kehakiman, media dan parti lawan. Tidak ada dalam mana-mana idea demokrasi, kakitangan awam termasuk dalam kategori menjadi pemeriksa kerajaan.

Jadi anda perlu pilih di pihak mana anda mahu berdiri!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top