.... Tanpa Kita Sedari, Minyak Kita Milik Singapore Selama Ini | AAKJ



Aramco tidak membeli Petronas seperti mana yang dituduh oleh sesetengah pihak.

Apa yang Aramco beli RM31 bilion ialah 50% dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja - yang hanya sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan boleh berjalan pada tahun 2019.

Di bawah kerjasama itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70% daripada keperluan bahan mentah iaitu minyak mentah untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.

Minyak kita milik Singapore selama ini.

Pelaburan begini bukan baru kepada Aramco kerana mereka telah melakukan pelaburan yang sama di kilang-kilang penapisan di seluruh dunia supaya mereka boleh membekalkan minyak mentah mereka ke kilang penapisan minyak.

Petronas juga akan mendapat banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan minyak mentah untuk Malaysia kerana kita bukan pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana kita mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.

Singapore sekarang ini adalah hab perdagangan minyak dan pusat pemprosesan yang besar Asia dan ketiga terbesar di dunia, semenjak berdekad yang lalu setelah mereka memanafaatkan bekas Pengkalan Tentera Laut British yang ditinggalkan dahulu. Sedangkan Singapore tidak mempunyai setitisan minyak sendiri pun, menariknya minyak dan gas tersebut adalah sebahagianya datang dari Malaysia.

Tak dipertikaikan lagi bahawa Singapore digelar sebagai "hab minyak di Asia", dan dengan industri minyak itu telah menyumbang sebanyak 5% daripada KDNK atau lebih kurang RM60 bilion setiap tahun kepada Singapore.

Dengan gelaran itu Singapore mampu menarik pelaburan dan industri berkitan dengan minyak dan petrokimia. Ramai rakyat Malaysia yang berpusu-pusu menaiki motor pagi-pagi melintasi Tambak Johor untuk bekerja di sana.

Pihak kerajaan telah nampak perkara ini dan bakal memberi kekayaan dan keuntungan kepada Malaysia selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas.

Bukan membina projek-projek mega seperti jambatan bengkok atau Sepang dan lain-lain, sebaliknya mengambil alih mahkota minyak Singapura sepatutnya keutamaan nombor satu Malaysia disebabkan oleh sejumlah besar pendapatan, keuntungan, pekerjaan dan susulan kepada industri yang berikut dengannya.

Maka dengan adanya RAPID, ini akan berubah tidak lama lagi, kekayaan yang selama ini dilambak di Singapore akan kembali menjadi milik Malaysia dan menawarkan peluang pekerjaan berpedapatan tinggi sehingga 8000 orang.

Untuk tempoh masa tidak lama lagi Malaysia akan menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada orang lain hasil dari perbelanjaan negara kita.

Refining atau penapisan minyak sebenarnya lebih menguntungkan apabila harga minyak rendah Ini membolehkan negara dan Petronas menjadi lebih seimbang dan lebih berdaya tahan terhadap turun naik harga minyak.

Dengan adanya PIPC ini negara telah berjaya membetulkan kesilapan Perdana Menteri lalu, kerana 22 tahun beliau membenarkan Singapore mengaut keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita.

Walaupun beliau kelihatan amat benci dan bermusuhan dengan Singapore.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top