.... Siti Hasmah Palsukan Cerita Istana Johor? | AAKJ




Setelah teruk di kritik oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar baru-baru ini, secara tiba-tiba, tular satu temubual eksklusif antara seorang pentaksub Tun Dr Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dalam temubual berkenaan, kononnya Almarhum Baginda Sultan Johor, Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi begitu rapat dengan Mahathir dan isteri sehingga dihadiahkan satu set jam tangan berjenama Bvlgari walapun sepanjang Almarhum Baginda menjadi Yang DiPertuan Agong, Mahathir kerap tampil mengkritik Almarhum.

Dakwa Siti Hasmah lagi, Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Iskandar sendiri yang telah membeli jam berkenaan di Singapura mengikut titah Almarhum Baginda Sultan Iskandar. Ianya sebagai tanda rapatnya hubungan antara Istana Johor dengan Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu.

Mungkin sahaja benar dakwaan Siti Hasmah itu. Namun harus diingat, sebarang penganugerahan samada pingat, pemberian mahupun hadiah dari istana adalah tanda hormat menghormati antaara pihak Istana dengan kerajaan. Malah, bukan Mahathir sahaja yang pernah menerima hadiah seumpama itu. Kesemua Perdana Menteri mahupun beberapa individu yang diperkenankan oleh Istana, turut menerima hadiah dari Istana.

Jika mengikut dakwaan Siti Hasmah, mereka yang pernah menerima hadiah daripada mana-mana Istana termasuk Almarhum Paduka Sultan Iskandar, ianya bolehlah dikategorikan sebagai amat rapat dengan Istana. Adakah itu yang dimaksudkan oleh Siti Hasmah?

Pernah satu ketika, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah menerima hadiah berupa jam tangan berjenama Omega daripada salah seorang anak kepada Raja Arab Saudi. Jika mengikut pemahaman Siti Hasmah, mungkin sahaja Anwar merupakan individu kesayangan kerabat DiRaja Arab Saudi. Hari ini, jam Omega berkenaan menjadi misteri kerana sehingga hari ini jam berkenaan gagal ditemui selepas terbongkarnya skandal seks Anwar bersama seorang pelacur China.


Malah, sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yasin juga dikhabarkan amat rapat dengan Istana Johor sewaktu beliau menjadi Menteri besar Johor. Mungkin juga Muhyiddin juga turut meenerima hadiah atau pemberian Istana di atas jasa beliau selaku Menteri Besar Johor. Jika menurut pemahaman Siti Hasmah, mungkin Muhyiddin merupakan kesayangan Istana.

Persoalannya, kenapa Muhyiddin akhirnya ditukar dan dipindahkan ke kerajaan pusat? Kenapa tidak Muhyiddin kekal sebagai Menteri Besar Johor jika benar Muhyiddin merupakan kesayangan pihak Istana?

Usah terlalu mudah membuat andaian seumpama itu setelah begitu hebat dikritik oleh Paduka Sultan Ibrahim kelmarin. Apa yang dititahkan oleh Baginda kelmarin adalah nasihat seorang Sultan kepada pihak-pihak yang sudah tiada kepentingan terhadap negara tetapi begitu sibuk mencampuri urusan negara sehingga menimbulkan kacau bilau.

Baginda tidak akan mengeluarkan titah sedemikian jika Baginda tidak berasakan apa yang dilakukan oleh Mahathir sebelum ini boleh merosakkan negara. Jangan terlalu mudah mengaitkan Istana dengan kehendak dan nafsu peribadi dengan mengaitkan pemberian istana sebagai lambang dirinya dan suami amat dikasihi oleh pihak Istana Johor.

Melihat kepada cara Siti Hasmah mengeluarkan kenyataan, adalah dibimbangi, ianya mungkin ditafsirkan seperti memberi ugutan disebalik kelembutan kepada pihak Istana. Ugutan lembut berkenaan berkisar kepada, bagaimana Almarhum Paduka Baginda Sultan Iskandar menyayangi Mahathir dan Siti Hasmah juga berharap, layanan yang sama turut diberikan oleh Paduka Sultan Ibrahim.

Tidak salah kiranya, Paduka Sultan Ibrahim memberikan nasihat demi menjaga kebajikan dan keharmonian hamba rakyat dibawah payung Baginda. Baginda Sultan Ibrahim pasti mengetahui ancaman dan bahananya jika Mahathir secara berterusan menghasut rakyat Johor. Sebagai Sultan berjiwa rakyat, Baginda pasti enggan melihat rakyat Johor berpecah belah hanya disebabkan hasutan sarat dengan dendam politik.


SUMBER







PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog PRU14.TV dengan tajuk asal Siti Hasmah Cuba Reka Cerita Mahathir Disayangi Istana Johor?. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com  mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top