.... Siapa Tubuh Parti, NGO Hanya Untuk Terima Dana Asing? | AAKJ



PRESIDEN Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah di sidang media selepas menghantar memorandum mengenai parti/pertubuhan yang akan ditubuhkan menerima dana asing kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Putrajaya. – Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat beberapa parti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang dalam proses penubuhan ketika ini menerima dana asing.

Justeru, Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya membuat siasatan terperinci terhadap mana-mana pihak yang ingin mendaftar parti dan NGO baharu, termasuk individu yang terbabit dan agenda mereka.

Azwanddin berkata, pihaknya mempunyai bukti pihak berkenaan menerima dana asing termasuk daripada hartawan Amerika Syarikat (AS), George Soros dan pertubuhan Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (ILGA) dalam bentuk surat, e-mel dan gambar pertemuan.

“Kebanyakan mereka yang menubuhkan parti dan pertubuhan ini bukan berniat membantu masyarakat tetapi lebih kepada keuntungan peribadi untuk menyara hidup.

“Jadi ROS perlu mengkaji semua permohonan baharu dan mengenal pasti serta mengenakan beberapa syarat bagi membolehkan ia dipantau demi keselamatan negara,” katanya kepada media selepas menghantar memorandum kepada ROS di ibu pejabat ROS di sini, hari ini.



Ditanya lanjut mengenai pihak yang perlu disiasat itu, Azwanddin enggan mengulas lanjut, namun mendakwa ia membabitkan dua parti, empat NGO dan tiga individu, serta ada antara mereka yang rapat dengannya suatu ketika dulu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top