.... Siapa Lelaki Malaysia Cium Dahi Raja Salman? | AAKJ




Gambar seorang lelaki warga emas dari Malaysia mencium dahi Raja Arab Saudi Raja Salman semasa lawatan pertama baginda di Asia mengundang tanda tanya.

Lelaki tersebut adalah Sheikh Hussain Yee, seorang sarjana Islam Malaysia-China dan pendakwah Islam yang sebelum ini beragama Buddha dan memeluk Islam pada usia 18 tahun.

Sheikh Yee mempunyai sejarah yang panjang dengan Arab Saudi, ketika pengajian bahasa Arab dan Islam di Universiti Madinah. Beliau juga adalah presiden dan pengasas pertubuhan Al-Khaadem di Malaysia.

Sheikh Hussain Yee pernah berkhidmat sebagai Kaunselor dan Pegawai Mubaligh di PERKIM Kuala Lumpur, agensi untuk saudara baru, dan sebagai Pengarah Dakwah untuk Pusat Islam di Hong Kong dari tahun1984-1985.

Raja Salman memulakan lawatan ke Asia selama sebulan bermula ahad yang lepas, baginda ke Indonesia pula pada hari Rabu dengan rombongan bersama pegawai-pegawai beliau seramai 1,500 orang.



– PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top